Akta A931 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 1995
Seksyen 4. Pindaan seksyen 59.
Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 59 dengan seksyen yang berikut:
"Seksyen 59. Peguam Syarie.
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), MajIis boleh menerima mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie bagi mewakiIi pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di dalam Mahkamah Syariah.
(2) MajIis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat kaedah-kaedah-
(a) untuk mengadakan peruntukan bagi prosedur, kelayakan-kelayakan dan fee-fee bagi penerimaan Peguam Syarie; dan
(b) untuk mengawalselia, mengawal dan mengawasi kelakuan Peguam Syarie.
(3) Walau apa pun subseksyen (1), Majlis boleh mengecualikan mana-mana anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan atau mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] daripada peruntukan seksyen ini.
(4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tiada seorang pun selain daripada Peguam Syarie atau orang yang dikecualikan di bawah subseksyen (3), berhak hadir di dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya.".