Akta A828 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan ) (Pindaan) 1992
Seksyen 3. Pindaan seksyen 2.
Seksyen 2 adalah dipinda-
(a) dengan menggantikan takrif "Enakmen Pentadbiran" dengan yang berikut:
' "Enakmen Pentadbiran" ertinya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1952 [ En. Sel. 3/52 ] bagi Negeri Selangor-
(a) berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah-Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1974, [P.U. (A) 44/74], 1981 [P.U. (A) 390/81] dan 1988 [P.U. (A) 163/88] yang dibuat menurut seksyen 6(4) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 [Akta A206] dan berkuatkuasa di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menurut kuasa seksyen 6(1) Akta itu; dan
(b) berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Labuan, sebagaimana yang diubahsuaikan dan diperluaskan melalui Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian dan Perluasan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1985 [P.U. (A) 352/85] yang dibuat menurut seksyen 7 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 1984 [ Akta A585 ] ;';
(b) dengan menggantikan perkataan "Wilayah" yang terdapat dalam takrif "wali Raja" dengan perkataan "Wilayah-Wilayah";
(c) dengan menggantikan noktah di akhir takrif "wali Raja" dengan koma bernoktah, dan memasukkan, selepas sahaja takrif tersebut, takrif-takrif baru yang berikut:
' "Wilayah Persekutuan" ertinya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan, mengikut mana yang dikehendaki;
"Wilayah-Wilayah Persekutuan" ertinya Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.'.