Akta A1261
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2006
Seksyen 3. Pindaan seksyen 9
Seksyen 9 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i) dalam perenggan
(b)
, dengan memasukkan selepas perkataan “neneknya” perkataan “atau datuknya”; dan
(ii) dalam perenggan
(f)
, dengan memasukkan selepas perkataan “ke atas;” perkataan “dan”;
(b)
dalam subseksyen (2)—
(i) dengan menggantikan perenggan
(c)
dengan perenggan yang berikut:
“
(c)
nenek tirinya, iaitu isteri kepada datuknya, atau datuk tirinya, iaitu suami kepada neneknya, sama ada dari sebelah bapa atau sebelah ibu;”;
(ii) dalam perenggan
(d)
—
(A) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:
“
(d)
menantu perempuannya atau menantu lelakinya; dan”; dan
(B) dalam teks bahasa Inggeris, dengan memasukkan selepas perkataan “son-in-law;” perkataan “and”; dan
(iii) dalam teks bahasa kebangsaan, dalam perenggan
(e)
, dengan memasukkan selepas perkataan “anak perempuan” perkataan “tirinya”; dan
(c)
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “dua isteri” dengan perkataan “lebih daripada satu isteri”.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.