AKTA 559
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN II - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN 'AQIDAH



Seksyen 5. Mengembangkan doktrin agama, dsb.


Mana-mana orang yang mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain daripada doktrin atau kepercayaan agama Islam di kalangan orang yang beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.