AKTA 559
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VI - PENYUBAHATAN DAN PERCUBAAN



Seksyen 43. Penyubahatan.


Seseorang menyubahati pelakuan sesuatu perkara jika dia-
Huraian 1- Seseorang yang, dengan penyataan salah sengaja, atau penyembunyian sengaja suatu fakta material yang dia terikat mendedahkannya, dengan sengaja menyebabkan atau mendapatkan, atau cuba untuk menyebabkan atau mendapatkan, supaya sesuatu perkara dilakukan adalah dikatakan menghasut supaya perkara itu dilakukan.

Huraian 2
- Mana-mana orang, sama ada sebelum atau pada masa pelakuan sesuatu perbuatan, melakukan apa-apa jua dengan tujuan memudahkan pelakuan perbuatan itu, dan dengan itu memudahkan pelakuan itu, adalah dikatakan membantu dalam melakukan perbuatan itu.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.