AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [CETAKAN SEMULA 2005]

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN




Seksyen 28. Pelantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ Orang Islam

(1) Yang di-Pertuan Agong boleh melantik mana-mana pegawai awam yang berkelayakan untuk menjadi Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ Orang Islam bagi maksud Akta ini, yang mempunyai kuasa menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas Pendaftar dan pendaftaran perkahwinan, perceraian, dan ruju’ di bawah Akta ini.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh melantik beberapa orang yang berkelayakan sebagaimana perlu, untuk menjadi Pendaftar Kanan, Pendaftar, atau Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ Orang Islam bagi mana-mana kariah masjid dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagaimana ditentukan dalam pelantikan itu.
[Gan. Akta A902:s.10]

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik mana-mana anggota staf diplomatik Malaysia di mana-mana negara untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ Orang Islam bagi maksud Akta ini di negara itu.

(4) Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) yang bukan pegawai awam hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam bagi maksud Kanun Keseksaan [Akta 574].



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.