AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN




Seksyen 178. Rayuan.

(1) Semua hukuman yang dijatuhkan di bawah Bab ini boleh dirayukan kepada Mahkamah Tinggi Syariah, dalam hal hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah, dan kepada Mahkamah Rayuan Syariah, dalam hal hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Bab 1 hendaklah, setakat yang boleh terpakai, terpakai bagi rayuan di bawah seksyen ini dan Mahkamah rayuan boleh mengubah atau mengakaskan dapatan atau mengurangkan, mengubah atau mengakaskan hukuman yang dirayukan itu.

(3) Bab 2 hendaklah juga terpakai bagi semua prosiding oleh seorang Hakim di bawah Bab ini.




Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.