AKTA 585 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN
Seksyen 183. Pembayaran oleh penghutang penghakiman.
Jika suatu perintah pengkomitan dibuat di bawah seksyen 181, penghutang penghakiman boleh, pada bila-bila masa, membayar amaun yang dinyatakan dalam perintah itu sama ada kepada bailif atau, jika penghutang penghakiman berada di dalam penjara, kepada pegawai penjara, dan mendapatkan pelepasannya.