AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Pernyataan yang dibuat di bawah Hal Keadaan Khas.




Seksyen 24. Pernyataan dalam peta, carta dan pelan ialah qarinah.

Pernyataan mengenai fakta persoalan atau fakta relevan yang dibuat dalam peta atau carta yang diterbitkan dan secara amnya ditawarkan untuk dijual kepada orang awam, atau dalam peta atau pelan yang dibuat dengan kuasa Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri tentang perkara yang biasanya digambarkan atau dinyatakan dalam peta, carta atau pelan itu, ialah dengan sendirinya qarinah.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.