AKTA 303 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI Kesahtarafan Anak
Seksyen 114. Syarat-syarat bagi pengakuterimaan yang sah
Jika seseorang lelaki mengaku seorang lain, sama ada dengan nyata atau dengan tersirat, sebagai anaknya yang sah, lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu jika syarat-syarat yang berikut dipenuhi, iaitu—
(a) tiada seseorang lain disifatkan sebagai bapa anak itu;
(b) perbezaan antara umur lelaki itu dengan umur anak itu memunasabahkan pertalian antara mereka sebagai bapa dan anak;
(c) jika anak itu telah akil baligh, di mana dia boleh membuat keputusan, anak itu telah mempersetujui tentang dia diakui sebagai anak;
(d) lelaki dan ibu anak itu mungkin boleh disatukan dengan sah dalam perkahwinan pada masa pembenihan;
(e) pengakuterimaan itu bukannya semata-mata mengakui anak itu sebagai anaknya, tetapi mengakui anak itu sebagai anak sah tarafnya;
(f) lelaki itu adalah berkeupayaan membuat kontrak;
(g) pengakuterimaan itu dibuat dengan tujuan semata-mata untuk memberi taraf kesahtarafan;
(h) pengakuterimaan itu adalah jelas maksudnya dan anak itu adalah diakui sebagai anak kandungnya.