AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI




Seksyen 103. Tatacara Mahkamah sekiranya soalan ditanya tanpa alasan yang munasabah.
[Pin. Akta A1250:s.2]

Jika Mahkamah berpendapat bahawa mana-mana soalan seperti yang disebut dalam seksyen 101 telah ditanya tanpa alasan yang munasabah, maka Mahkamah boleh, jika soalan itu telah ditanya oleh seorang Peguam Syarie, melaporkan hal keadaan kes itu kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau pihak berkuasa yang lain yang kepadanya Peguam Syarie itu tertakluk dalam menjalankan profesionnya.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.