AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XVII - RAYUAN




Seksyen 143. Rekod rayuan jika perayu tidak diwakili atau merayu sebagai orang miskin.

(1) Jika perayu telah mematuhi kehendak seksyen 139 dan 141 dan perayu tidak diwakili oleh Peguan Syarie atau Mahkamah yang mendengar rayuan itu telah membenarkan perayu merayu sebagai orang miskin, Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah menyediakan bilangan salinan rekod rayuan yang dikehendaki dan rekod rayuan itu hendaklah mengandungi salinan dokumen-dokumen yang disebut dalam subseksyen 142(1).

(2) Sebaik sahaja rekod rayuan itu siap, Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah menyampaikan kepada perayu notis dalam Borang MS 32.

(3) Atas permintaan perayu dan, jika deposit yang disebut dalam subseksyen 139(7) tidak mencukupi, apabila dibayar oleh perayu sejumlah wang tambahan yang mencukupi untuk membayar kos bagi menyediakan rekod rayuan. Pendaftar hendaklah--

Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.