AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN VII - JAGAAN
Jagaan ke atas Orang dan Harta




Seksyen 98. Penjaga boleh menanggung kanak-kanak daripada pendapatan

(1) Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah boleh membuat peruntukan yang berpatutan daripada pendapatan harta itu untuk menanggung nafkah dan pelajaran kanak-kanak itu mengambil kira kepada taraf kehidupan kanak-kanak itu; tetapi tiada apa-apa jumlah wang melebihi daripada tiga ratus ringgit sebulan boleh digunakan sedemikian tanpa kebenaran Mahkamah.

(2) Jika pendapatan dari harta kanak-kanak itu yang ada dalam tangan penjaga itu tidak mencukupi bagi maksud itu, atau jika wang adalah dikehendaki untuk kemajuan kanak-kanak itu, maka Mahkamah boleh memerintahkan supaya peruntukan bagi maksud itu diadakan dari harta modal kanak-kanak itu dan, bagi maksud itu, Mahkamah boleh membenarkan apa-apa bahagian dari harta kanak-kanak itu dijual, digadaikan, atau digadai janji dan boleh memberi apa-apa arahan mengenainya sebagaimana yang perlu bagi kepentingan kanak-kanak itu.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.