AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan tentang Dokumen.




Seksyen 64. Anggapan tentang Warta, akhbar, dsb.


Mahkamah hendaklah menganggap ketulenan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai Warta Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, atau berupa sebagai akhbar atau jurnal dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dokumen yang diarahkan oleh mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh mana-mana orang, jika dokumen itu disimpan pada matannya mengikut cara yang dikehendaki oleh undang-undang dan dikemukakan daripada jagaan yang patut.




Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.