AKTA 303 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
BAHAGIAN IX - PENALTI
Seksyen 132. Kecuaian dengan sengaja untuk mematuhi perintah
[Pin. Akta A902:s.39]
(1) Tanpa menjejaskan hak mana-mana orang yang mempunyai kepentingan di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah Akta ini untuk menguatkuasakan perintah di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain, Mahkamah yang telah membuat perintah itu, dalam hal kegagalan dengan sengaja untuk mematuhinya, boleh, jika perintah sedemikian menghendaki pembayaran apa-apa amaun, mengarahkan amaun yang kena dibayar itu dilevi mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi melevi denda yang dikenakan oleh Mahkamah atau boleh menjatuhkan hukuman pemenjaraan kepada orang yang dengan sengaja gagal mematuhinya jika perintah pembayaran tiap-tiap bulan masih belum dibayar, atau, dalam mana-mana hal yang lain, pembayaran satu tahun yang masih belum dibayar.
(2) Mahkamah boleh—
(a) jika perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) menetapkan bagi pembayaran dibuat secara bulanan, menghukum orang yang dengan sengaja gagal mematuhinya dengan pemenjaraan tidak melebihi sebulan bagi setiap bayaran bulanan yang masih belum dibayar; dan
(b) dalam mana-mana hal lain, menghukum orang yang dengan sengaja gagal mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) dengan pemenjaraan tidak melebihi setahun bagi mana-mana pembayaran yang masih belum dibayar.