AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am




Seksyen 8. Motif, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau yang kemudian.

(1) Apa-apa fakta ialah qarinah jika ia menunjukkan atau menjadi motif atau persediaan bagi mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan.

(2) Kelakuan mana-mana pihak, atau kelakuan mana-mana ejen kepada mana-mana pihak, dalam apa-apa guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau berkenaan dengan mana-mana fakta persoalan dalamnya atau yang relevan dengannya, dan kelakuan mana-mana orang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara mana-mana prosiding, ialah qarinah jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan, dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau kemudian daripadanya.

Huraian 1- Perkataan "kelakuan" dalam seksyen ini tidak termasuk pernyataan melainkan jika pernyataan itu menyertai dan menghuraikan perbuatan selain daripada pernyataan; tetapi huraian ini tidaklah menyentuh kerelevanan pernyataan di bawah mana-mana seksyen lain dalam Akta ini.

Huraian 2- Apabila kelakuan mana-mana orang ialah qarinah, apa-apa pernyataan yang dibuat kepadanya atau di hadapan dan dengan didengarinya yang menyentuh kelakuannya ialah qarinah.

MISALAN

(a) Soalnya ialah sama ada sesuatu dokumen tertentu ialah wasiat A.
(b) Soalnya ialah sama ada A telah melakukan sesuatu jenayah.
(c) A dituduh melakukan suatu jenayah.
Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.