AKTA 561 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN I - KERELEVANAN BAB 2 - QARINAH Bila Pendapat Orang ketiga menjadi Qarinah.
Seksyen 36. Bila pendapat tentang kewujudan hak atau 'urf ialah qarinah.
Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa hak atau 'urf, maka pendapat tentang kewujudan hak atau 'urf itu daripada orang yang mungkin tahu mengenai kewujudan hak atau 'urf itu, jika ia wujud, ialah qarinah.
Huraian - Ungkapan "hak atau 'urf" termasuklah hak atau 'urf yang umum bagi sebilangan besar golongan orang itu.