AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN




Seksyen 179. Permohonan untuk mendapatkan notis penghakiman.

(1) Jika seseorang penghutang penghakiman tidak mematuhi mana-mana perintah yang dibuat oleh Mahkamah terhadapnya di bawah seksyen 178, pemiutang penghutang penghakiman itu hadir di Mahkamah untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana keingkaran itu.

(2) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan notis penghakiman di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dan diangkat sumpah oleh pemohon dalam Borang MS 44.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.