AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN KETERANGAN




Seksyen 195. Bagaimana sabitan atau pembebasan terdahulu boleh dibuktikan.

(1) Dalam mana-mana perbicaraan atau prosiding lain di bawah Akta ini, suatu sabitan atau pembebasan terdahulu boleh dibuktikan sebagai tambahan kepada apa-apa cara lain yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa -

bersama dengan, dalam setiap kes sedemikian, keterangan tentang identiti orang tertuduh dengan orang yang telah disabitkan atau dibebaskan sedemikian.

(2) Sekiranya pegawai yang menjaga mana-mana penjara menyatakan dalam mana-mana perakuan yang ditandatanganinya bahawa cap jari yang terdapat pada perakuan itu ialah cap jari orang yang dimaksudkan oleh perakuan itu, perakuan itu hendaklah menjadi keterangan bagi fakta yang dinyatakan sedemikian.

(3) Tiap-tiap Mahkamah hendaklah menganggap tulen tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan sabitan dan yang berupa telah ditandatangani oleh pegawai yang menjaga mana-mana penjara di Malaysia, dan hendaklah juga menganggap bahawa pegawai yang olehnya dokumen itu berupa telah ditandatangani ialah, semasa dia menandatangani dokumen itu, pegawai yang menjaga penjara yang disebut dalam dokumen itu.





Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.