AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM




Seksyen 206. Mendapatkan kembali harta alih yang tertakluk kepada lien, dsb.

Jika plaintif, atau defendan melalui tuntutan balas, menuntut untuk mendapatkan kembali harta alih tertentu dan pihak yang daripadanya harta itu hendak didapatkan kembali tidak mempertikaikan hakmilik pihak yang membuat tuntutan itu tetapi menuntut bahawa dia berhak memegang simpan harta itu menurut kuasa satu lien atau selainnya sebagai jaminan bagi apa-apa jumlah wang, Mahkamah boleh, pada bila-bila masa selepas tuntutan bahawa dia berhak sedemikian ternyata daripada pliding itu, jika ada, atau melalui afidavit atau selainnya hingga memuaskan hatinya, memerintahkan bahawa pihak yang hendak mendapatkan kembali harta itu bebas untuk membayar ke dalam Mahkamah, sementara menanti keputusan tindakan itu, amaun jumlah yang mengenainya jaminan itu dituntut dan apa-apa jumlah wang selanjutnya, jika ada, bagi bayaran perkhidmatan dan kos sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah dan bahawa, apabila bayaran sedemikian dibuat, harta yang dituntut itu hendaklah diserahkan kepada pihak yang menuntutnya tetapi tertakluk kepada Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17].



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.