AKTA 585 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN BAB 3 - PELAKSANAAN
Seksyen 171. Arahan tentang pelaksanaan kewajipan bailif.
(1) Mahkamah boleh, atas kehendak sendiri atau atas permohonan mana-mana yang berkepentingan memberikan apa-apa arahan kepada bailif tentang pelaksanaan kewajipannya sebagaimana yang difikirkan adil.
(2) Mahkamah boleh memanggil dan memeriksa mana-mana orang yang boleh memberikan maklumat berkenaan dengan apa-apa pelaksanaan.