AKTA 561 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 116. Memberikan sebagai keterangan dokumen yang diminta dan dikemukakan setelah notis diberikan.
Apabila suatu pihak meminta sesuatu dokumen yang mengenainya pihak yang satu lagi itu telah diberikan notis supaya mengemukakannya, dan dokumen itu dikemukakan dan diperiksa oleh pihak yang meminta supaya ia dikemukakan, pihak itu adalah terikat untuk memberikannya sebagai keterangan jika pihak yang mengemukakannya menghendakinya berbuat demikian dan jika dokumen itu relevan.