AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN VII - JAGAAN
Jagaan ke atas Orang dan Harta




Seksyen 90. Pelantikan penjaga oleh Mahkamah

(1) Jika tidak ada penjaga di sisi undang-undang, maka kewajipan bagi melantik seseorang penjaga untuk memperlindungi dan memelihara harta kanak-kanak itu adalah terletak ke atas Mahkamah dan pada membuat sesuatu pelantikan Mahkamah hendaklah terutama sekali memberi pertimbangan kepada kebajikan kanak-kanak itu.

(2) Pada menimbangkan apakah yang menjadi kebajikan bagi kanak-kanak itu, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian kepada umur dan jantina kanak-kanak itu, watak dan kebolehan penjaga yang dicadangkan itu dan bagaimana karibnya persaudaraannya dengan kanak-kanak itu; kemahuan, jika ada, ibu bapanya yang telah mati, dan apa-apa hubungan penjaga yang dicadangkan itu yang sedia ada dan yang terdahulu dengan kanak-kanak itu atau dengan hartanya, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur membolehkannya untuk membuat sesuatu pilihan yang bijak, maka Mahkamah boleh menimbangkan pilihannya itu.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.