AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XV - PENDENGARAN




Seksyen 121. Ketidakhadiran pihak-pihak.

(1) Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran--

(2) Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman mengenai tuntutan plaintif di bawah perenggan (1)(b) atau tuntutan balas defendan di bawah perenggan (1)(c), memerintahkan plaintif atau defendan, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya mengangkat sumpah istizhar.

(3) Jika terdapat lebih daripada seorang plaintif atau defendan dan hanya seorang sahaja daripada mereka yang hadir, Mahkamah boleh mendengar tindakan itu terhadap pihak yang hadir itu dan memutuskan tindakan terhadap pihak-pihak yang tidak hadir mengikut subseksyen (1) atau (2).

(4) Mahkamah boleh mengikut budi bicaranya dalam mana-mana hal yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau (3) memerintahkan penangguhan.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.