AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
JADUAL KEDUA (Subseksyen 7(2))
PROSIDING YANG HENDAKLAH DIMULAKAN DENGAN
PERMOHONAN
Perkara-perkara yang berhubungan dengan undang-undang diri dan keluarga seperti yang berikut:
Keizinan untuk melangsungkan perkahwinan seseorang orang belum dewasa
Pelantikan wali am
Perintah bagi pendaftaran perkahwinan yang dilangsungkan berlawanan dengan undang-undang
Anggapan kematian
Pelantikan penjaga harta seseorang orang belum dewasa
Perintah bagi penjagaan bersama harta seseorang yang belum dewasa
Perintah bagi pengubahan kuasa penjaga harta seseorang orang belum dewasa
Perintah bagi pemecatan penjaga harta seseorang orang belum dewasa
Kebenaran bagi pelupusan harta seseorang orang belum dewasa
Kebenaran untuk menyara seseorang orang belum dewasa daripada pendapatan hartanya
Perintah bagi penggunaan harta modal untuk menyara seseorang orang belum dewasa
Perintah larangan yang berhubungan harta modal untuk menyara seseorang orang belum dewasa
Injuksi yang menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia
Perintah untuk mengetepikan, dan injuksi yang menghalang, pelupusan harta untuk mengecewakan tuntutan nafkah
Injuksi terhadap perkosaan oleh suami atau isteri atau bekas suami atau isteri
Pengiktirafan perkahwinan yang diijabkabulkan di luar Wilayah-Wilayah Persekutuan (Pengakuterimaan paterniti)
Pengesahan pengakuterimaan paterniti oleh perempuan dalam 'eddah (Pembahagian harta pusaka)
Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.