AKTA 303 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [CETAKAN SEMULA 2005]
BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN
Seksyen 26. Surat perakuan nikah dan surat perakuan ta’liq
(1) Selepas mendaftarkan mana-mana perkahwinan dan selepas dibayar kepadanya fi yang ditetapkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu surat perakuan nikah dalam borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak bagi perkahwinan itu.
(2) Pendaftar hendaklah juga, selepas dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu surat perakuan ta’liq dalam borang yang ditetapkan kepada tiap-tiap satu pihak bagi perkahwinan itu.