AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap




Seksyen 32. Bentuk waran tangkap.

(1) Tiap-tiap waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Akta ini hendaklah mengikut Borang 3 Jadual dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi meterai Mahkamah.

[Pin. Akta A1252:s.2]

(2) Tiap-tiap waran itu hendaklah terus berkuatkuasa sehingga ia dibatalkan oleh Mahkamah yang mengeluarkannya atau sehingga ia dilaksanakan.




Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.