AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN




Seksyen 181. Pendengaran notis penghakiman.

(1) Mahkamah boleh, selepas mendengar penghutang penghakiman yang hadir menurut suatu notis penghakiman di bawah seksyen 180, membuat suatu perintah pengkomitan bagi tempoh yang tidak melebihi tiga puluh hari atau mengubah perintah yang disebut dalam seksyen 178 sebagaimana yang difikirkannya adil.

(2) Jika suatu perintah pengkomitan dibuat, Mahkamah boleh mengarahkan supaya pelaksanaan perintah itu digantung dengan atau tanpa syarat untuk memboehkan penghutang penghakiman membayar amaun yang mengenainya perintah itu dibuat.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.