AKTA 505
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN




Seksyen 10. Keanggotaan Majlis.

(1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota berikut:
(2) Pengerusi, Timbalan Pengerusi, dan anggota-anggota di bawah perenggan (h) subseksyen (1) hendaklah orang-orang Islam dan hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Menteri bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

(3) Seseorang anggota yang tempoh jawatannya telah habis tempoh bolehlah dilantik semula.

(4) Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan yang tersebut dalam perenggan (c), (d), (e) atau (g) bukan orang Islam, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Menteri hendaklah melantik seorang pegawai lain yang adalah seorang Islam dan yang kanan selepasnya dari Jabatan atau Kementerian yang sama untuk menjadi anggota bagi menggantikan orang tersebut.

(5) Orang-orang yang, sebelum sahaja mula berkuatkuasanya seksyen ini adalah Pengerusi, Timbalan Pengerusi, dan anggota-anggota yang dilantik bagi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, masing-masingnya terus menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi, dan anggota-anggota Majlis sehingga habis tempoh perlantikan mereka sekarang.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.