AKTA 303 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [CETAKAN SEMULA 2005]
BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN
Seksyen 32. Daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang
Tiada seorang pun, selain Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 28, boleh—
(a) menyimpan apa-apa buku yang adalah atau yang berupa sebagai suatu daftar yang disimpan mengikut Akta ini; atau
(b) mengeluarkan kepada mana-mana orang apa-apa dokumen yang adalah atau yang berupa sebagai suatu salinan surat perakuan bagi perkahwinan atau perakuan perkahwinan yang didaftarkan oleh Pendaftar.