AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI




Seksyen 248. Pemberhentian pemakaian Enakmen.

(1) Seksyen 76 hingga 93 Enakmen Pentadbiran Hukum Syara' 1952 [En. Sel. 3/52] bagi Negeri Selangor, sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1974 [P.U.(A) 44/74] dan Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian dan Peluasan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1985 [P.U.(A) 352/85] dan mana-mana peruntukan lain Enakmen-Enakmen itu yang berhubungan dengan tatacara mal hendaklah terhenti terpakai bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan pada permulaan kuat kuasa Akta ini.

(2) Jika mana-mana kes atau perkara belum selesai di hadapan mana-mana Mahkamah pada permulaan kuat kuasa Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai berkenaan dengan prosiding kes atau perkara itu setakat yang tidak menyebabkan ketidakadilan



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.