AKTA 560 AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN BAB 8 - DARIHAL KETAKTERATURAN PROSIDING
Seksyen 206. Peninggalan membentuk pertuduhan.
(1) Tiada dapatan atau hukuman yang diumumkan atau dijatuhkan boleh disifatkan tak sah semata-mata atas alasan bahawa tiada pertuduhan telah dibentuk melainkan jika, pada pendapat Mahkamah rayuan, kegagalan peradilan telah disebabkan olehnya.
(2) Jika Mahkamah rayuan berpendapat bahawa kegagalan peradilan telah disebabkan oleh peninggalan untuk membentuk suatu pertuduhan, Mahkamah itu hendaklah memerintahkan supaya suatu perbicaraan baru diadakan.