AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN TESTIMONI SAKSI




Seksyen 126. Penafian (ta'n) terhadap saksi.


Apabila mana-mana pihak kepada sesuatu prosiding mengisytiharkan mana-mana saksi pihak menentang sebagai tidak 'adil, sama ada sebelum atau selepas pemeriksaan saksi itu di bawah seksyen 121 atau 123 dengan mengemukakan apa-apa keterangan yang boleh mencegah penerimaan keterangannya, Hakim hendaklah menghendaki pihak itu membuktikan fakta itu.

Huraian-Apabila defendan membuktikan bahawa mana-mana saksi tidak'adil, Hakim hendaklah menolak keterangan saksi itu tetapi jika defendan tidak dapat membuktikan faktanya Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan saksi itu jika dia belum berbuat demikian atau memberikan keputusannya mengikut keterangan jika dia telah menjalankan pemeriksaan itu.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.