AKTA 585 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
BAHAGIAN XXII - WANG DAN HARTA DI DALAM MAHKAMAH
Seksyen 216. Cara membayar.
(1) Pembayaran daripada Mahkamah--
(a) jika tidak melebihi lima puluh ringgit, boleh dibuat secara tunai; dan
(b) jika lima puluh ringgit atau lebih, hendaklah dibuat melalui cek yang kena dibayar kepada penerima, dipalang dan diendorskan "tak boleh niaga" dan ditunda " Boleh dibayar hanya dalam masa 90 hari dari tarikh".
(2) Cek yang tidak ditunaikan dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh cek itu boleh diperbaharui atau diganti.