AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 1 - BEBAN MEMBUKTIKAN




Seksyen 77. Beban membuktikan bahawa kes orang tertertuduh termasuk dalam kecualian.


Apabila seseorang dituduh atas apa-apa kesalahan, maka beban membuktikan kewujudan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk dalam mana-mana kecualian am yang diperuntukkan dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] terletak padanya, dan Mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan tersebut sebagai tidak ada.
MISALAN

(a) A dituduh bersekedudukan dengan B.

Pendakwa mengemukakan keterangan untuk menunjukkan bahawa A telah menceraikan B, isterinya.

A mendakwa bahawa dia dipaksa menceraikan isterinya.

Beban membuktikan bahawa dia dipaksa terletak padanya

(b) C dituduh melakukan persetubuhan secara haram dengan D.

C mendakwa bahawa dia telah berkahwin dengan D di negara asing.

Beban membuktikan bahawa perkahwinan itu berlaku terletak pada C.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.