AKTA 560 AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN BAB 1 - DARIHAL BIDANG KUASA MAHKAMAH DALAM PERBICARAAN
Seksyen 68. Tertuduh boleh dibicarakan di tempat di mana perbuatan dilakukan atau di mana akibat berikutan.
Apabila seseorang dituduh melakukan apa-apa kesalahan oleh sebab apa-apa jua yang telah dilakukan atau oleh sebab apa-apa akibat yang berikutan, kesalahan itu boleh dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam had bidang kuasa tempatannya mana-mana perkara itu telah dilakukan atau mana-mana akibat itu telah berikutan.