AKTA 560 AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN
Seksyen 179. Hakim tidak boleh membicarakan kesalahan tertentu yang dilakukan di hadapannya.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 173 dan 178, tiada Hakim boleh membicarakan mana-mana orang bagi apa-apa kesalahan jika kesalahan itu dilakukan di hadapannya atau sebagai menghina kuasanya, atau dengan pengetahuannya dalam perjalanan sesuatu prosiding kehakiman.