AKTA 585 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM BAB I - PROSIDING INTERLOKUTORI
Seksyen 190. Afidavit.
(1) Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan afidavit.
(2) Mana-mana pihak--
(a) yang memfailkan afidavit yang dicadangkan hendak digunakan olehnya dalam apa-apa prosiding berhubungan dengan permohonan itu; atau
(b) yang bercadang untuk menggunakan dalam mana-mana prosiding sedemikian apa-apa afidavit yang difailkan olehnya dalam prosiding yang terdahulu,
hendaklah memberikan notis kepada tiap-tiap pihak lain tentang pemfailan itu atau tentang cadangannya hendak berbuat demikian, mengikut mana-mana yang berkenaan.