AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN VII - JAGAAN
Jagaan ke atas Orang dan Harta




Seksyen 102. Penjaga bagi anak yatim

Jika bapa dan datuk lelaki seseorang kanak-kanak telah mati tanpa melantik seorang penjaga melalui wasiat, mana-mana penghulu, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak itu, atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa seorang Pelindung di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]*, boleh menyebabkan kanak-kanak itu dibawa ke hadapan Mahkamah dan Mahkamah boleh melantik seorang penjaga sama ada bagi diri atau bagi harta kanak-kanak itu, atau kedua-duanya.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*CATATAN — Akta ini telah memansuhkan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 [Akta 468] (lihat subseksyen 130 Akta 611), yang telah memansuhkan Akta Kanak-Kanak dan Orang-Orang Muda 1947 [Akta 232] — lihat subseksyen 50(2) Akta 468



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.