AKTA 560 AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN BAB 8 - DARIHAL HUKUMAN DAN PELAKSANAANNYA
Seksyen 124. Siapa yang boleh mengeluarkan waran.
Tiap-tiap waran bagi pelaksanaan apa-apa hukuman bolehlah dikeluarkan sama ada oleh Hakim yang menjatuhkan hukuman itu atau oleh penggantinya atau Hakim lain yang memangku jawatannya.