AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN




Seksyen 62. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan jaminan diberi bagi nafkah

Mahkamah boleh, apabila menentukan nafkah, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi jaminan bagi kesemua atau apa-apa bahagiannya dengan meletak hak apa-apa harta pada pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.