AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN X - AM




Seksyen 134. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah

(1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah untuk mengawal amalan dan tatacara dalam semua prosiding hal ehwal suami isteri di bawah Akta ini mengikut sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat dan kaedah-kaedah untuk menetap dan mengawal fi dan kos yang kena dibayar dalam semua prosiding itu; tertakluk kepadanya itu, semua prosiding di bawah Akta ini hendaklah dikawal oleh amalan dan tatacara Mahkamah yang ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran, setakat mana amalan dan tatacara itu tidak berlawanan dengan Akta ini.

(2) Mengenai perkara amalan dan tatacara dalam prosiding hal ehwal suami isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini atau dalam apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini atau dalam Enakmen Pentadbiran, Mahkamah boleh memakai apa-apa amalan dan tatacara yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak.

(3) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah bagi maksud Akta ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut itu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan bagi—
Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.