AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XVI - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH




Seksyen 130. Penghakiman.

(1) Tiap-tiap Hakim perbicaraan hendaklah menyampaikan penghakiman bertulis.

(2) Kecuali dalam hal prosiding di dalam Kamar, Hakim perbicaraan hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3), mengumumkan penghakimannya di dalam Mahkamah terbuka

(3) Apabila seorang Hakim yang telah membicarakan mana-mana prosiding tidak dapat kerana apa-apa sebab mengumunkan penghakiman, penghakiman yang ditulis olehnya bolehlah dibacakan di dalam Mahkamah terbuka oleh mana-mana Hakim lain atau oleh Pendaftar.

(4) Semua penghakiman yang diumumkan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod kes.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.