AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN VII - JAGAAN
Jagaan ke atas Orang dan Harta




Seksyen 89. Kuasa ke atas harta tak alih dan harta alih

(1) Berkenaan dengan harta tak alih, seseorang penjaga di sisi undang-undang tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menjual, kecuali dalam hal yang berikut, iaitu—
(2) Berkenaan dengan harta alih, seseorang penjaga di sisi undang-undang adalah mempunyai kuasa menjual atau menyandarkan barang dan harta benda kanak-kanak itu, jika dia berkehendakkan keperluan yang mustahak, seperti makanan, pakaian dan asuhan; dan jika harta alih seseorang kanak-kanak adalah dijual dengan ikhlas dan jujur bagi sesuatu balasan yang memadai dengan tujuan untuk melaburkan hasil jualan itu dengan selamat dan untuk memperoleh pendapatan tambahan, maka penjualan harta itu hendaklah dikira sebagai sah.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.