AKTA 560 AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN VIII - AM
Seksyen 217. Dengan sengaja menghina atau mengganggu pegawai agama yang sedang bersidang dalam mana-mana peringkat prosiding kehakiman.
Barang siapa dengan sengaja menghina atau menyebabkan apa-apa gangguan kepada mana-mana pegawai agama semasa pegawai itu sedang bersidang pada mana-mana peringkat prosiding kehakiman adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.