AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN




Seksyen 176. Kuasa untuk meremitkan hukuman.

Apabila mana-mana Mahkamah telah, di bawah selsyen 173, menghukum seseorang pesalah kerana dia enggan atau tidak melakukan apa-apa jua yang dia telah dengan sah dikehendaki melakukannya atau kerana apa-apa gangguan atau penghinaan yang disengajakan, Mahkamah itu boleh, menurut budi bicaranya, melepaskan pesalah itu atau meremitkan hukuman apabila pesalah itu mematuhi perintah atau kehendak Mahkamah itu atau jika dia meminta maaf sehingga Mahkamah berpuas hati.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.