AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN




Seksyen 63. Mengkompaun nafkah

Apa-apa perjanjian untuk membayar, dengan wang atau harta lain, wang pokok bagi menjelaskan segala tuntutan nafkah masa hadapan tidak boleh berkuat kuasa sehingga ia telah diluluskan, dengan atau tanpa syarat-syarat, oleh Mahkamah, tetapi apabila diluluskan sedemikian, hendaklah menjadi suatu pembelaan yang memadai terhadap apa-apa tuntutan nafkah.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.