AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XV - PENDENGARAN




Seksyen 128. Perbicaraan belum berakhir

(1) Jika seseorang Hakim telah memulakan perbicaraan mana-mana prosiding dan kerana apa-apa sebab tidak dapat menamatkan perbicaraan itu, seorang Hakim lain boleh dengan persetujuan semua pihak menyambung perbicaraan itu dan memberikan penghakiman.

(2) Jika persetujuan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak diperoleh, maka hendaklah diadakan suatu perbicaraan semula.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.