AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 3 - DARIHAL PENYEMAKAN




Seksyen 170. Kuasa semasa penyemakan.

(1) Jika dalam menjalankan bidang kuasa penyemakannya, Mahkamah meminta supaya rekod prosiding atau rekod itu dirujukan kepadanya, Mahkamah boleh menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh sekyen 141,145,146 dan 147.

(2) Tiada perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat yang memudaratkan tertuduh melainkan jika dia telah diberi peluang untuk didengar, sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarienya, dalam membela dirinya sendiri.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan memberikuasa kepada Mahkamah yang menjalankan mana-mana bidang kuasa penyemakan untuk mengubah suatu dapatan pembebasan kepada sabitan.




Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.