AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 1 - BEBAN MEMBUKTIKAN




Seksyen 78. Beban membuktikan fakta yang diketahui secara khusus.


Apabila mana-mana fakta diketahui secara khusus oleh mana-mana orang, maka beban membuktikan fakta itu terletak padanya.

MISALAN

Apabila seseorang melakukan sesuatu perbuatan dengan suatu niat selain daripada niat yang dibayangkan oleh sifat dan hal keadaan perbuatan itu, maka beban membuktikan niat itu terletak padanya.




Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.